PERSONAL COACHING MENTORING


Personal Coaching 1:1 — Nurhafiza Jusoh

Personal Coaching · 1:1 · 12 Minggu

Dah Lama Post Di Threads,
Tapi Nama Anda Masih Tak Dikenali?

Coaching Mentoring 1:1 untuk founder dan pemilik bisnes yang mahukan personal coaching dan mentoring secara personal untuk bina positioning yang jelas, sistem content yang sistematik dan personal brand yang kuat.

Tempah Slot Anda 
Pembayaran selamat melalui OnPay 
Dikenali. Diingati. Dipercayai.
01

Familiar Dengan Situasi Ni?

Anda bukan baru di Threads. Anda dah post. Dah cuba konsisten. Tapi tiga perkara ini masih berlaku:

Nama anda masih belum dikenali.

Bila orang bercakap tentang bidang anda, nama anda tidak muncul dalam perbualan tu. Anda ada di Threads — tapi anda belum hadir di Threads.

Profile anda masih berterabur.

Orang yang klik profile anda tidak dapat jawab satu soalan mudah: "orang ini tentang apa?" Dan bila mereka tak dapat jawab — mereka keluar. Tanpa follow.

Content anda tiada hala tuju.

Hari ini post pasal ini, esok pasal itu. Setiap kali nak post, mula dari kosong. Penat — tapi tak terkumpul jadi apa-apa.

Masalahnya bukan usaha anda. Masalahnya — anda belum ada sistem. Dan sistem itulah yang kita bina dalam 12 minggu ini.
02

Apa Yang Kita Bina Bersama

Tiga fasa dalam 12 minggu. Satu matlamat: Threads yang bekerja untuk bisnes anda.

I
Minggu 1–4

CLARITY — Padatkan Positioning Anda

Kita tentukan siapa dream client anda, masalah payung yang anda selesaikan, dan ayat positioning yang siap diuji. Kemudian kita betulkan setting profile Threads anda — supaya sesiapa yang klik, terus faham siapa anda.

Hasil: Ayat positioning siap + profile Threads yang jelas
II
Minggu 5–8

SYSTEM — Bina Sistem Content Anda

Daripada positioning, kita bina content pillars anda, cara susun content, dan content bank anda sendiri. Selepas fasa ini, anda tidak akan buka Threads dan tertanya "hari ini nak post apa" lagi.

Hasil: Content pillars + struktur content + content bank yang hidup
III
Minggu 9–12

GROWTH — Jalankan & Perkukuh

Kita jalankan sistem tu. Review content sebenar anda, perkemas engagement, dan susun pelan repetition supaya mesej anda melekat — dan nama anda mula dikaitkan dengan bidang anda.

Hasil: Threads growth system yang berjalan — bukan sekadar teori
03

Struktur Program

  • i.

    9 sesi coaching 1:1 secara online atau offline satu sesi 60 minit setiap sesi

  • ii.

    Tempoh: 3 bulan (12 minggu) — cukup ruang untuk anda praktik antara sesi.

  • iii.

    Worksheet  — anda boleh rujuk semula bila-bila masa.

  • iv.

    Review profile & content anda sepanjang program — bukan hanya semasa sesi.

04

Siapa Yang Akan Bimbing Anda

Saya Nurhafiza Jusoh — penulis ebook Clarity Positioning dan Cikgu Personal Branding.

Saya menulis tentang clarity positioning & personal branding di Threads, dengan penulisan yang telah mencecah 1,700,000  views dan 5500 followers yang membesar setiap hari.

Bukan kerana viral. Bukan kerana tunjuk muka. Tetapi kerana satu perkara: mesej saya jelas.

Dalam coaching ini, saya guna framework yang sama yang saya amalkan sendiri — dan kali ini, kita bina versi anda.

05

Coaching Ini Sesuai Untuk Anda Jika...

Ya, ini untuk anda

  • Anda founder, consultant atau agent yang dah ada produk / servis sebenar.
  • Anda sedia melakukan kerja di antara sesi — ini coaching, bukan servis "saya buatkan semua".
  • Anda mahu dikenali atas kepakaran — bukan atas gimik.
  • Anda selesa bekerja secara senyap dan konsisten, walaupun anda introvert.

Bukan untuk anda

  • Anda mencari trick viral atau hasil segera tanpa kerja.
  • Anda belum ada sebarang produk, servis atau kepakaran untuk ditawarkan.
  • Anda mahu orang lain menulis dan menguruskan semua content anda.
06

Pelaburan Anda

Setahun membuat content tanpa arah kosnya jauh lebih tinggi daripada satu program yang membetulkan arah — dan masa anda tidak boleh di-refund.

Nilai penuh program: RM9,999
RM2,999
Bayaran sekali · Semua termasuk
Saya hanya buka 4 slot sahaja — supaya setiap client mendapat perhatian penuh.
Tempah Slot Anda Sekarang
Pembayaran selamat melalui OnPay · Anda akan dihubungi dalam masa 24 jam untuk penjadualan
07

Soalan Yang Sering Ditanya

"Saya introvert dan tak suka tunjuk muka. Boleh ke?"

Boleh — malah sistem ini memang dibina untuk itu. Trust dibina melalui kejelasan mesej, bukan wajah. Ramai yang paling berjaya dengan pendekatan ini ialah mereka yang bekerja secara senyap.

"Berapa banyak masa saya perlu luangkan?"

Selain sesi mingguan, peruntukkan 2 jam seminggu untuk tugasan dan praktik. Semua tugasan direka untuk founder yang sibuk — fokus, bukan banyak.

"Apa beza coaching ini dengan ebook Clarity Positioning?"

Ebook memberi anda framework untuk bina positioning sendiri. Coaching ini — kita bina positioning anda bersama-sama, disemak, diuji dan diselaraskan dengan content sebenar anda. Framework sama. Tahap kedalaman berbeza.

"Bila program bermula selepas saya bayar?"

Selepas pembayaran, anda akan menerima borang onboarding dan pautan penjadualan dalam masa 24 jam. Sesi pertama biasanya bermula dalam minggu yang sama.

● ● ●

Keputusan anda hari ini menentukan siapa anda selepas ini

Dikenali. Diingati. Dipercayai.
Tempah Slot Anda — RM2,999
Hanya 4 slot. Selepas penuh, tempahan seterusnya dibuka apabila ada slot kosong.
● ● ●
Nurhafiza Jusoh · Cikgu Personal Branding

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Personal Coaching Mentoring HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN